Pernah tak korang kena denda dalam satu-satu majlis untuk bercerita ?? alah nak cerita bukan susah pon.. macam-macam kita boleh ceritakan.. kan?? tapi macamana plak kalau korang kena buat satu cerita yang setiap perkataannya bermula dengan hurup khas.. wahhhh.. jenuh tu nak pikir kan.. hahhh.. bawah nih ada satu cerita yang setiap perkataan bermula dengan huruf K .. hahaha ..
Ketam ketip kuku kakinya. Ketam kata, “Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut.. kakakku kata, kalau kuku kelurut, kita kena ketiplah!”
Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau Ketam… kenapa?”
Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekeliruan,”Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip keluar kudis, kenapa?”
Ketam ketawa , Kah..kah..kih..kih..Kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok ..kenapa kadar kebodohan kau keterlaluan?”
Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”
Ketam kilas, “Kelakar.”
“Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok .
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk !”
kepala Ketam kehancuran kerana Kodok ketuk.
Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketuk kepalaku? Kan kini kesakitan.”
Kesian kat Ketam. Kerana kurang ajar, kepalanya kena ketuk.
HAHA!! Korang Ketahuan Kesambungannye?? Komen ! Komen!
No comments:
Post a Comment